Monday, May 28, 2012

fahami ku....

hai my dear...
long time not writing on this blog...
macam-macam jadi sekarang...sudah terasa penat dan terlampau letih.....
entah apa akan jadi.......
terlalu penat apabila hanya diri ini cuba memahami sedangkan diri ini tidak difahami...
tetap menjadi penunggu setia pada setiap saat biarpun air mata peneman setia sekaramg...
adakah diri ini tidak pernah dipentingkan?
dimana kah kedudukan kepentingan diri ku ini?
bukan perhatian terlebih diingin kan tetapi hanya untuk difahami...
betapa sunyi hati ini...


Wednesday, February 22, 2012

...impian ku...

sarang.......................!!!!!!!!!!
hhihihihi......
bile aisyah cakap nak buat majlis kawen nanti,nak wat sesimple yang boleh..sume tak caye....
ada yang tanye tak kan tak teringin nak bersanding?????...hihihihihihi

bukan tak nak tapi kalu boleh tak nak pun bersanding....lebih baik kite ikut cara islam....
simple tapi penuh dengan kenangan.......

sebab satu lagi....kite orang memang pemalu yang amat...ni kan nak bersanding pulak....

cukup lah kite wat akad nikah, wat tahlil untuk arwah ahli keluarga kite yang telah pergi meninggalkan kite,doa selamat cikit and jamuan untuk mereka yang datang...
lau ada pelamin pun, sekadar untuk amik gambar jer....

amacam ok x i punya impian untuk majlis i nanti......

dr mr.cweet
22.02.2012...16:41pm
"ku mencintai mu dan
ingin dirimu menjadi teman hidupku..."

TQ my cayam...;)

Friday, February 10, 2012

dear sarang....
7.2.2012.....
die cakap kat aku die nak masuk merisik hujung tahun ini lau jadi.....dan tengah tahun depan nak langsung...
kadang-kadang aku rasa macam terlalu mendesak dia je.....entah lah ape yang aku rasa...
rasa nak lari sebab rase macam aku ni jahat sangat mendesak die......dah dua minggu aku banyak pendam rase...
dah lama jugak aku tak menangis......nak sangat menangis sambil dengar dia pujuk.....tapi tak sampai hati sangat....
abang.....lau lah abang tahu ape yang sayang rase sekarang.....:'(






...amor...

...bercinta bukan selalunye indah....kesabaran juga ada tahap nye...sayang juga ada batasnye....kesemuanye bersatu dalam satu perhubungan...bercinta memerlukan kesabaran yang tinggi kerana ia membabitkan perasaan cinta dan sayang untuk lalui nye..oleh itu, persiapkan diri untuk hadapi segala kekecewaan....jangan rase malu untuk luahkan rase rindu dan cinta kepada orang yang kite sayang....always says "i luv u" and "i miss u"...=)
dear blog...
tak pernah menyangka hubungan saya dengan si dia sampai ke tahap ni...dan tak pernah menyangkap dikurniakan sifat sabar sekuat ini.....dia banyak mengajar saya erti hidup sebenar.....dia juga buat saya begitu istimewa dalam hati dia.sebab he always need me...hihiihi.....dia ni jugak suka wat lawak sampai kadang sehari tak dengar dia wat lawak rase macam kurang je....ape-ape pun...sekarang kami fikir untuk menyimpan duit bagi melaksanakan rancangan yang kami impikan....moga apa yang kami impikan akan tercapai dengan kehendak-Nya..AMIN...=)

Saturday, January 28, 2012

...benarkah???....

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1. Bersahaja


Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang bersama


Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima Kita Seadaanya


Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.
Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa jujur


Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.
Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai


Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.
Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama


Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.
Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami diri kita


Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.
Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan kelemahan


Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata hati


Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.
Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?
Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10. Solat Istikharah dan Tawakkal


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.
Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Monday, January 9, 2012

...deep in my heart...

alhamdulillah...syukur kepada Allah S.W.T. aku masih dipanjangkan umur dan sihat selalu...dan aku juga bersyukur kepada Nya kerana telah memberikan suatu kekuatan yang membuat aku terus ingin melangkah untuk mengapai impian yang semakin hampir. kehidupan aku semakin hari semakin bermakna. tak pernah aku rase diri aku begitu disayangi oleh seseorang, memerlukan aku tiap-tiap ketika dan bersama merindui antara kami. terase begitu dekat walaupun jarak memisahkan kami...
10 tahun berkawan... 
2 tahun mengenali hati budi.... 
7 bulan mematangkan lagi pemikiran... 
15 hari merasai perubahan hati... 
setiap saat merasai cinta dan sayang yang semakin bersemi... 

thank you dear coz always be beside me....